Thursday, March 18, 2010

KRONOLOGI - B/O I'zzatul Fadzilah Adam

15 MARCH 2010
-05.00 Pagi-
I'zzatul Fadzilah mengadu berasa sakit dan terus dibawa ke hospital.
-05.10 Pagi-
Tiba di hospital dan terus masuk untuk pemeriksaan doktor dan belum lagi menunjukkan tanda bukaan tetapi air ketuban sudah mula turun.
-06.45 Pagi-
Dimasukkan ke wad semalaman untuk pemantauan doktor.

16 MARCH 2010
-7.30 Pagi-
I'zzatul Fadzilah di 'induce' bagi mempercepatkan kelahiran kerana air ketuban masih lagi turun walaupun tidak dalam kuantiti yang banyak.
-1.15 Tengahari-
Dimasukkan ke labour room kerana telah terdapat tanda bukaan.
-6.45 Petang-
Jururawat memanggil saya untuk masuk ke labour room untuk menemani I'zzatul Fadzilah.
-6.53 Petang-
Alhamdulillah dan Syukur ke hadrat Ilahi, I'zzatul Fadzilah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.29 kg dengan disaksikan sendiri oleh saya.
-07.05 Malam-
Alhamdulillah, saya mengazankan puteri sulong sambil matanya berkelip memandang. Indah sungguh ciptaan Allah.
-07.45 Malam-
Jururawat memaklumkan kepada saya bahawa bayi perlu dimasukkan ke wad untuk pemantauan memandangkan berat badan (2.29 kg) adalah lebih kecil berbanding bayi biasa atau juga dikenali sebagai SGA (Small for Gestational Age)
-8.05 Malam-
I'zzatul Fadzilah dibenarkan keluar dari labour room dan dimasukkan ke wad ibu bersalin.



Sehingga hari ini (18 March 2010) bayi masih lagi berada di wad untuk pemantauan kandungan gula di dalam badan. I'zzatul Fadzilah dibenarkan keluar wad pada 17 March 2010, bagaimanapun masih lagi di hospital untuk menemani puteri kami.
Mudah-mudahan isteri & anak kami akan sihat dan dibenarkan keluar dari hospital secepat mungkin. InsyaAllah.
"Wahai Tuhanku, Kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik: sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan" (Surah Ali Imran: 38)

0 comments: