Monday, May 31, 2010
Sunday, April 18, 2010
Friday, March 19, 2010
Terima Kasih
Untuk Boy dan Fiezack yang datang melawat, sorry banyak-banyak tak dapat nak luangkan masa yang panjang, ada rezeki nanti jumpa lagi bila I'zzatul & baby dah sihat. Apapun terima kasih atas pemberian cenderahati yang cukup istimewa, thank you dari kami berdua.
Thursday, March 18, 2010
KRONOLOGI - B/O I'zzatul Fadzilah Adam
15 MARCH 2010
-05.00 Pagi-
I'zzatul Fadzilah mengadu berasa sakit dan terus dibawa ke hospital.
-05.10 Pagi-
Tiba di hospital dan terus masuk untuk pemeriksaan doktor dan belum lagi menunjukkan tanda bukaan tetapi air ketuban sudah mula turun.
-06.45 Pagi-
Dimasukkan ke wad semalaman untuk pemantauan doktor.
16 MARCH 2010
-7.30 Pagi-
I'zzatul Fadzilah di 'induce' bagi mempercepatkan kelahiran kerana air ketuban masih lagi turun walaupun tidak dalam kuantiti yang banyak.
-1.15 Tengahari-
Dimasukkan ke labour room kerana telah terdapat tanda bukaan.
-6.45 Petang-
Jururawat memanggil saya untuk masuk ke labour room untuk menemani I'zzatul Fadzilah.
-6.53 Petang-
Alhamdulillah dan Syukur ke hadrat Ilahi, I'zzatul Fadzilah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.29 kg dengan disaksikan sendiri oleh saya.
-07.05 Malam-
Alhamdulillah, saya mengazankan puteri sulong sambil matanya berkelip memandang. Indah sungguh ciptaan Allah.
-07.45 Malam-
Jururawat memaklumkan kepada saya bahawa bayi perlu dimasukkan ke wad untuk pemantauan memandangkan berat badan (2.29 kg) adalah lebih kecil berbanding bayi biasa atau juga dikenali sebagai SGA (Small for Gestational Age)
-8.05 Malam-
I'zzatul Fadzilah dibenarkan keluar dari labour room dan dimasukkan ke wad ibu bersalin.
Mudah-mudahan isteri & anak kami akan sihat dan dibenarkan keluar dari hospital secepat mungkin. InsyaAllah.
"Wahai Tuhanku, Kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik: sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan" (Surah Ali Imran: 38)
Monday, March 15, 2010
Monday, December 28, 2009
Duhai Yang Tersayang...
Sunday, December 27, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)