Sunday, December 27, 2009
Sunday, December 6, 2009
Tahniah dan Selamat Pengantin Baru
Selamat Pengantin Baru kepada:1. Muhammad Azrul Azis a.k.a Apeng (ex-UTM)
2. Mohd Sahmsul Fariza bin Sabri a.k.a Meso (ex-UTM)
3. Sameh bin samsudin (ex-UiTM)
4. Safinah binti Rosslan (ex-UiTM)
5. Muhammad Bazli bin Said (ex-SMTNT)
6. Nurul Ashikin binti Rahmad dan pasangan Shahrul Nizam
dan lain-lain sahabat yang namanya tidak disebut di dalam entry ini yang turut melangsungkan perkahwinan pada November & Disember 2009.
1. Mohd Yazid
2. Shahril Sapie
Semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan dan diberikan rahmat olehNYA, InsyaAllah.
Monday, September 28, 2009
Tuesday, September 8, 2009
Third Month & No Chicken

Salam Ramadhan 1430 Hijrah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar pada bulan ke-3. Cuma alahan biasa si ibu seperti muntah-muntah. Makanan kegemaran Upin & Ipin (ayam) lansung tidak dapat menjengah mulut, bau ayam goreng juga mampu mengundang loya di tekak. InsyaAllah, setiap pedih jerih si ibu mengandung dan melahirkan anak ada hikmahnya, sesunguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu.Sunday, August 9, 2009
Welcome to the hormonal rollercoaster
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi. Tentu sekali berita yang diidamkan setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga adalah menanti kehadiran ‘Orang Baru’. Minggu lepas, Rabu malam (05.08.2009) secara rasminya Puan I’zzatul Fadzilah disahkan mengandung (7 minggu usia kandungan) setelah pemeriksaan dijalankan di sebuah klinik.“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan lahirkanlah ia dari kandungan isteriku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”
Tuesday, June 9, 2009
Terima Kasih kepada semua..
Assalamualaikum W.B.T. Alhamdulillah selesai sudah majlis kedua-dua pihak. Terima kasih kepada semua sanak-saudara yang bersama-sama menjayakan Walimatulurus ini. Kepada rakan taulan yang hadir, juga terima kasih kerana sudi datang meraikan hari bersejarah kami ini. Ribuan kemaafan dipohon andai ada kekurangan sepanjang berlangsungnya majlis.
Subscribe to:
Posts (Atom)

