Monday, May 31, 2010

1st Anniversary

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi, genap sudah usia setahun perkahwinan kami.

Sunday, April 18, 2010

Nur Hana Iman


Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, 16 April lepas Nur Hana Iman genap usianya sebulan.

Friday, March 19, 2010

Terima Kasih

Terima kasih dari kami berdua untuk keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus-putus memberikan ucapan dan sama-sama mendoakan yang terbaik untuk kami. InsyaAllah semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindunganNYA..AMIN.
Untuk Boy dan Fiezack yang datang melawat, sorry banyak-banyak tak dapat nak luangkan masa yang panjang, ada rezeki nanti jumpa lagi bila I'zzatul & baby dah sihat. Apapun terima kasih atas pemberian cenderahati yang cukup istimewa, thank you dari kami berdua.

Thursday, March 18, 2010

KRONOLOGI - B/O I'zzatul Fadzilah Adam

15 MARCH 2010
-05.00 Pagi-
I'zzatul Fadzilah mengadu berasa sakit dan terus dibawa ke hospital.
-05.10 Pagi-
Tiba di hospital dan terus masuk untuk pemeriksaan doktor dan belum lagi menunjukkan tanda bukaan tetapi air ketuban sudah mula turun.
-06.45 Pagi-
Dimasukkan ke wad semalaman untuk pemantauan doktor.

16 MARCH 2010
-7.30 Pagi-
I'zzatul Fadzilah di 'induce' bagi mempercepatkan kelahiran kerana air ketuban masih lagi turun walaupun tidak dalam kuantiti yang banyak.
-1.15 Tengahari-
Dimasukkan ke labour room kerana telah terdapat tanda bukaan.
-6.45 Petang-
Jururawat memanggil saya untuk masuk ke labour room untuk menemani I'zzatul Fadzilah.
-6.53 Petang-
Alhamdulillah dan Syukur ke hadrat Ilahi, I'zzatul Fadzilah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.29 kg dengan disaksikan sendiri oleh saya.
-07.05 Malam-
Alhamdulillah, saya mengazankan puteri sulong sambil matanya berkelip memandang. Indah sungguh ciptaan Allah.
-07.45 Malam-
Jururawat memaklumkan kepada saya bahawa bayi perlu dimasukkan ke wad untuk pemantauan memandangkan berat badan (2.29 kg) adalah lebih kecil berbanding bayi biasa atau juga dikenali sebagai SGA (Small for Gestational Age)
-8.05 Malam-
I'zzatul Fadzilah dibenarkan keluar dari labour room dan dimasukkan ke wad ibu bersalin.



Sehingga hari ini (18 March 2010) bayi masih lagi berada di wad untuk pemantauan kandungan gula di dalam badan. I'zzatul Fadzilah dibenarkan keluar wad pada 17 March 2010, bagaimanapun masih lagi di hospital untuk menemani puteri kami.
Mudah-mudahan isteri & anak kami akan sihat dan dibenarkan keluar dari hospital secepat mungkin. InsyaAllah.
"Wahai Tuhanku, Kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik: sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan" (Surah Ali Imran: 38)

Monday, March 15, 2010

A new chapter in our life

Pukul 5 pagi tadi, I'zzatul Fadzilah telah dibawa ke Hospital kerana menunjukkan tanda-tanda akan bersalin. Sama-sama kita doakan semuanya selamat, InsyaAllah..

Monday, December 28, 2009

Duhai Yang Tersayang...





Bila aku menjejaki tapak-tapak Yassir

Ikutlah seiringku sebagai Sumayyah

Bila kukatakan padamu:

Perjuangan itu pahit

Kau sahutlah kembali:

Kerna syurga itu pasti manis

Sunday, December 27, 2009

SmartTAG & Touch 'n Go



Seberang Jaya ==> Kuala Lumpur

Sunday, December 6, 2009

Just a Snapshot?

Tiga Dara Pingitan (Aina, Maisarah, Alia)
Sempadan Perak-Kelantan
Puncak Mutiara Cafe
Penang Golf Resort
Pelangi Kulim
Sawah Kubang Semang
Penang Bird Park
Kebun Tuan Haji Adam Alang Laba, Kg. Gajah, Perak
Jeti Bukit Merah Laketown Resort
Bukit Merah Laketown Resort
Upin & Ipin (Afdal & Afnan)

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru kepada:

1. Muhammad Azrul Azis a.k.a Apeng (ex-UTM)
2. Mohd Sahmsul Fariza bin Sabri a.k.a Meso (ex-UTM)
3. Sameh bin samsudin (ex-UiTM)
4. Safinah binti Rosslan (ex-UiTM)
5. Muhammad Bazli bin Said (ex-SMTNT)
6. Nurul Ashikin binti Rahmad dan pasangan Shahrul Nizam

dan lain-lain sahabat yang namanya tidak disebut di dalam entry ini yang turut melangsungkan perkahwinan pada November & Disember 2009.

Tahniah juga kepada sahabat-sahabat yang baru menimang cahaya mata:
1. Mohd Yazid
2. Shahril Sapie
Semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan dan diberikan rahmat olehNYA, InsyaAllah.

Monday, September 28, 2009

Eid ul-Fitr 1430H

Rasanya belum terlambat lagi untuk kami berdua mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat dan kenalan muslim, Maaf Zahir dan Batin.

Tuesday, September 8, 2009

Third Month & No Chicken


Salam Ramadhan 1430 Hijrah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar pada bulan ke-3. Cuma alahan biasa si ibu seperti muntah-muntah. Makanan kegemaran Upin & Ipin (ayam) lansung tidak dapat menjengah mulut, bau ayam goreng juga mampu mengundang loya di tekak. InsyaAllah, setiap pedih jerih si ibu mengandung dan melahirkan anak ada hikmahnya, sesunguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Sunday, August 9, 2009

Welcome to the hormonal rollercoaster

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi. Tentu sekali berita yang diidamkan setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga adalah menanti kehadiran ‘Orang Baru’. Minggu lepas, Rabu malam (05.08.2009) secara rasminya Puan I’zzatul Fadzilah disahkan mengandung (7 minggu usia kandungan) setelah pemeriksaan dijalankan di sebuah klinik.
“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan lahirkanlah ia dari kandungan isteriku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Tuesday, June 9, 2009

Terima Kasih kepada semua..

Assalamualaikum W.B.T. Alhamdulillah selesai sudah majlis kedua-dua pihak. Terima kasih kepada semua sanak-saudara yang bersama-sama menjayakan Walimatulurus ini. Kepada rakan taulan yang hadir, juga terima kasih kerana sudi datang meraikan hari bersejarah kami ini. Ribuan kemaafan dipohon andai ada kekurangan sepanjang berlangsungnya majlis.

Saturday, April 11, 2009

Undangan Majlis Perkahwinan Hassan & I'zzatul Fadzilah

Undangan Pihak Perempuan (6 Jamadil Akhir 1430 H, 31 Mei 2009)

Undangan Pihak Lelaki (12 Jamadil Akhir 1430 H, 6 Jun 2009)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan penuh kesyukuran dan hormatnya kami mempersilakan sahabat-sahabat sekalian serta seisi keluarga ke majlis perkahwinan kami:
Hassan Bin Hj. Ismail
- Sabtu, 12 Jamadil Akhir 1430 H, 6 Jun 2009 -
&
I’zzatul Fadzilah Binti Hj. Adam
- Ahad, 6 Jamadil Akhir 1430 H, 31 Mei 2009 -
Semoga dengan kehadiran dan doa restu semua akan menyerikan lagi majlis nanti dan diberkati Allah S.W.T. jua hendaknya, InsyaAllah.
Terima Kasih & Wassalam.
***Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas