
Bila aku menjejaki tapak-tapak Yassir
Ikutlah seiringku sebagai Sumayyah
Bila kukatakan padamu:
Perjuangan itu pahit
Kau sahutlah kembali:
Kerna syurga itu pasti manis
Selamat Pengantin Baru kepada:
Salam Ramadhan 1430 Hijrah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar pada bulan ke-3. Cuma alahan biasa si ibu seperti muntah-muntah. Makanan kegemaran Upin & Ipin (ayam) lansung tidak dapat menjengah mulut, bau ayam goreng juga mampu mengundang loya di tekak. InsyaAllah, setiap pedih jerih si ibu mengandung dan melahirkan anak ada hikmahnya, sesunguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi. Tentu sekali berita yang diidamkan setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga adalah menanti kehadiran ‘Orang Baru’. Minggu lepas, Rabu malam (05.08.2009) secara rasminya Puan I’zzatul Fadzilah disahkan mengandung (7 minggu usia kandungan) setelah pemeriksaan dijalankan di sebuah klinik.
Assalamualaikum W.B.T. Alhamdulillah selesai sudah majlis kedua-dua pihak. Terima kasih kepada semua sanak-saudara yang bersama-sama menjayakan Walimatulurus ini. Kepada rakan taulan yang hadir, juga terima kasih kerana sudi datang meraikan hari bersejarah kami ini. Ribuan kemaafan dipohon andai ada kekurangan sepanjang berlangsungnya majlis.